PENUMPANG di Lapangan Terbang Changi mungkin menghadapi kelewatan, dengan beberapa pemimpin dunia dan Asean yang dijangka tiba di sini bagi Sidang Puncak Asean Ke-33 dan mesyuarat yang berkaitan dengannya minggu ini.
Pemimpin itu dan delegasi mereka dijangka tiba sebelum sidang puncak itu rasmi dilancar Selasa ini (13 November), lapor akhbar The Straits Times.





