KELEWATAN di Laluan Circle berterusan pada waktu sibuk pagi Jumaat (2 Sep), hari kelima berturut-turut, kerana kerosakan sistem pengisyaratan yang melanda perkhidmatan kereta apinya belum dapat diselesaikan pengendali SMRT.
SMRT menulis satu tweet pada 6.13 pagi bahawa penumpang boleh menjangka perjalanan lebih lama pada laluan itu dek "isu pengisyaratan terputus-putus", yang pertama kali dilaporkan pada Isnin.





