KUALA LUMPUR: Kejayaan Lembaga Tabung Haji (TH) mengelola dan mengurus jemaah haji dari Malaysia bukan saja mendapat pujian kerajaan Arab Saudi, malah dijadikan contoh terbaik bagi negara jiran seperti Thailand, yang menyifatkan TH sebagai lambang kejayaan umat Islam.
Walaupun sudah berada di tahap selesa dalam pengurusan jemaah haji, TH masih giat berusaha untuk melaksanakan beberapa penambahbaikan terhadap khemah jemaah haji...





