KOTA TINGGI: Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor pada Rabu bertungkus lumus dalam usaha memadamkan baki sembilan hektar kawasan belukar yang masuk hari ketiga terbakar di kawasan hutan di Pengerang.
Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Sebana Cove, Pengerang, Encik Mohd Khairul Sufian Dahari, berkata setakat ini pihaknya telah berjaya memadamkan 23 hektar kawasan belukar yang terbakar di Bypass Sebana...





