Melihat kejayaan filem Rahsia yang pernah melakar kecemerlangan pada 1987, anak kepada pengarah asal naskhah tersebut, Shamyl Othman, tidak teragak-agak melakukan penceritaan semula filem itu (versi reboot).
Shamyl yang merupakan anak kepada sutradara, Othman Hafsham berkata beliau berusaha sedaya upaya untuk mengolah semula filem tersebut dalam konteks berlainan walaupun mengambil inspirasi daripada filem asal.





