Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dimaklumkan tentang keputusan GrabTaxi Holdings untuk memotong sebanyak 1,000 pekerjaan atau sekitar 11 peratus bilangan pekerjanya pada 20 Jun 2023.
Menjawab pertanyaan Anggota Parlimen tentang pemberhentian pekerja di syarikat itu pada Rabu, Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, berkata MOM juga telah menerima Pemberitahuan Wajib Pemberhentian Pekerja syarikat tersebut yang dikemukakan dalam...





