MANCHESTER: Juara Liga Perdana England (EPL), Manchester City, telah mendapatkan khidmat pemain tengah Mateo Kovacic dari Chelsea dengan harga 25 juta paun ($43 juta).
Tawaran bagi pemain berusia 29 tahun itu turut menyertakan tambahan yang berkemungkinan berharga lima juta paun dan beliau telah menandatangani kontrak selama empat tahun.





