SUDAH agak lama Singapura tidak mempunyai penyanyi duet atau lagu duet baru yang menarik perhatian ramai.
Justeru agak memberangsangkan apabila penyanyi Singapura, Hazrul Nizam dan Diana Nazyra merakamkan lagu berjudul ‘Sejuta Kata’, yang telah pun dilancarkan pada Selasa, 23 Mei.





