Topic followed successfully
Go to BHkuKerajaan M’sia rangka garis panduan, kekang isu perkauman dalam kalangan AP
Kerajaan M’sia rangka garis panduan, kekang isu perkauman dalam kalangan AP
Kerajaan M’sia rangka garis panduan, kekang isu perkauman dalam kalangan AP
KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara Malaysia sedang merangka garis panduan khusus termasuk mekanisme bagi mengelakkan kenyataan menyentuh isu kaum, agama dan institusi diraja (3R) dalam kalangan Ahli Parlimen (AP) ketika berbahas di Dewan Rakyat.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Encik R Yuneswaran, berkata laporan berkenaan akan dikemukakan dalam satu pertemuan dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul, dalam masa terdekat.
“Walaupun AP mempunyai kekebalan dalam Dewan Rakyat, setiap wakil rakyat perlu bertanggungjawab dalam memastikan kenyataan dikeluarkan tidak mencetuskan kemarahan atau ketegangan dalam kalangan masyarakat.
“Jika tindakan mungkin tidak boleh diambil dalam Dewan Rakyat, ia tidak bermakna kita boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang menyentuh kepekaan kaum, agama dan institusi diraja,” katanya semasa pelancaran Laporan Perkauman Malaysia di Kuala Lumpur pada 30 Mac, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).
Encik Yuneswaran berkata semua pihak termasuk ahli politik sepatutnya memberikan tumpuan kepada agenda pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.
Dalam perkembangan lain, beliau menyokong cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) untuk memperkenalkan Akta Keharmonian Nasional.
Katanya, perkara itu kini di peringkat awal perbincangan dan memerlukan sokongan Pejabat Perdana Menteri sebagai langkah proaktif memperkukuh perpaduan negara.
“Sebenarnya, di kementerian ini, kita juga sedang dalam perbincangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Keharmonian. Bukan itu sahaja. Kita juga mahu memperkenalkan Akta Harmoni, tapi ia juga masih dalam perbincangan di peringkat awal,” katanya.
Isu yang menyentuh perkauman sering menjadi perkara sensitif di Malaysia, dengan beberapa AP pernah diberikan teguran di Dewan Rakyat, supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum.

