SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Ibu tunggal didakwa hantar komunikasi jelik hina Sultan, mengaku guru Sultan Ibrahim

Ibu tunggal didakwa hantar komunikasi jelik hina Sultan, mengaku guru Sultan Ibrahim

Apr 7, 2026 | 6:26 PM

Ibu tunggal didakwa hantar komunikasi jelik hina Sultan, mengaku guru Sultan Ibrahim

ibu tunggal, hina Sultan, Nurul Huda Mohd Bajuri
Nurul Huda Mohd Bajuri, 49 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru. - Foto MALAYSIAGAZETTE

JOHOR BAHRU: Seorang ibu tunggal yang menghantar komunikasi jelik, antaranya, mencaci Sultan di Malaysia dan di Brunei, termasuk mengaku dirinya guru kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 7 April.

Nurul Huda Mohd Bajuri, 49 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa secara sedar telah membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya di laman TikTok ratunurutriratubalqis iaitu, “Saya adalah insan yang merupakan guru kepada Ketua Negara Malaysia Ke-17, iaitu Sultan Ibrahim Ibni Sultan Mahmud Iskandar, termasuk para Sultan di Malaysia’ dengan niat untuk mengganggu orang lain.”

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa secara sedar telah membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya di Instagram ratunurutriratubalqis iaitu, “Tetapi Sultan di Malaysia dan di Brunei, mereka itu tetap sial, celaka lagi durjana. Wahai umat Islam, Allah langit ketujuh. Allah mengharamkan penggunaan nama istimewa Darussalam di mana-mana negara, negeri juga daerah di bumi neraka”.

Kedua-dua hantaran itu dibaca oleh seorang lelaki di sebuah pangsapuri Sri Larkin B, Jalan Tun Abdul Razak di sini, antara kira-kira 4 petang pada 27 Mac lalu.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 ($159,380) atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga boleh didenda selanjutnya RM5,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas pensabitan, lapor MalaysiaGazette.

Pihak pendakwaan dikendalikan Encik Mohamad Afdhallan Syafiq Azmi yang memohon jaminan sebanyak RM15,000 bagi kedua-dua pertuduhan beserta dua penjamin warga tempatan.

Peguam, Cik Nurul Hidayah Mohammad Asri, yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah dikenakan, atas sebab tertuduh merupakan seorang janda yang menanggung seorang anak berusia 16 tahun serta bekerja sebagai penasihat dengan pendapatan RM3,000.

Hakim Mohd Azhar kemudian menetapkan Nurul Huda diikat jamin sebanyak RM8,000 bagi dua pertuduhan dengan seorang penjamin warga tempatan.

Pada 31 Mac, MalaysiaGazette melaporkan tiga individu termasuk remaja berumur 17 tahun ditahan di Taman Saujana, Johor Bahru, bagi membantu siasatan berhubung penyebaran kandungan melalui aplikasi TikTok, yang mengandungi unsur hasutan, fitnah serta penghinaan terhadap agama Islam, institusi diraja Johor, Ketua Polis Johor dan Perdana Menteri.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg