SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Anggota polis Kelantan dalam radar pemantauan kes rasuah, jenayah

Anggota polis Kelantan dalam radar pemantauan kes rasuah, jenayah

Apr 7, 2026 | 6:31 PM

Anggota polis Kelantan dalam radar pemantauan kes rasuah, jenayah

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat - Foto fail NSTP

KOTA BHARU (Kelantan): Beberapa anggota polis di Kelantan kini di bawah pemerhatian kerana disyaki terbabit dalam rasuah dan jenayah lain.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, aku masih ada segelintir yang terjebak terbabit dalam kancah bermoral itu, walau nasihat dan peringatan sentiasa dihulurkan agar mereka tidak terbabas.

“Saya sentiasa menasihati dan mengingatkan mereka supaya tidak sekali-kali terbabit rasuah, jenayah atau apa-apa kesalahan lain. Namun, masih ada yang berdegil,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.

Kenyataan ini menyusuli penahanan empat anggota polis di Kelantan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 6 April.

Datuk Mohd Yusoff berkata kes itu yang pertama membabitkan anggota polis kontinjen Kelantan pada 2026.

“Polis telah membuka siasatan dalaman berkait kes ini, berjalan seiring dengan siasatan SPRM. Di pihak kami, siasatan dalaman dimulakan sejurus mereka ditahan,” katanya.

Datuk Mohd Yusoff menambah, setakat ini tiada tindakan lain, termasuk gantung tugas, dikenakan ke atas empat anggota yang kini direman SPRM itu.

“Saya ingin tegaskan bahawa masih terdapat beberapa lagi anggota yang kami percaya terbabit dalam gejala tidak sihat ini dan mereka kini berada dalam pemantauan saya,” katanya.

Terdahulu, media Malaysia melaporkan empat anggota polis Kelantan direman lima hari sehingga 11 April oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan, bagi membantu siasatan kes rasuah RM12,000 ($3,827) pada 2025.

Wang itu disyaki sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang didapati membawa daun ketum di dalam keretanya.

Siasatan awal mendapati semua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada Disember 2025.

Pengarah SPRM Kelantan, Encik Azmin Yusoff, mengesahkan penahanan empat anggota polis berkenaan dan suspek dipercayai telah menerima wang rasuah melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi milik pihak ketiga.

Pada November 2025, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, dilaporkan berkata sejumlah 79 daripada 1,022 kes rasuah yang dilaporkan kepada SPRM dari Januari hingga September 2025, melibatkan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Datuk Mohd Khalid, ini menunjukkan isu integriti dalam pasukan itu masih menuntut perhatian dan tindakan berterusan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg