Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Timbre Pizza sokong pemuzik setempat, cipta 3 piza eksklusif

Jun 17, 2023 | 5:30 AM
SOKONG PEMUZIK: Penyanyi Awi Rafeal mencipta piza Runaway bersama Timbre Pizza yang diinspirasikan daripada lagu singlenya, ‘Runaway’.
SOKONG PEMUZIK: Penyanyi Awi Rafeal mencipta piza Runaway bersama Timbre Pizza yang diinspirasikan daripada lagu singlenya, ‘Runaway’. - Foto TIMBRE PIZZA

Pengendali perniagaan makanan Timbre yang dikenali dengan pengalaman makanan dan minuman (F&B) diiringi muzik ‘live’, telah melancarkan Timbre Pizza baru-baru ini – satu daya usaha bagi menyokong pemuzik setempat.

Restoran itu telah bekerjasama dengan artis terkenal seperti 53A, SuperSonic dan Awi Rafel untuk menghasilkan piza ciptaan mereka tersendiri.

Melaluinya, Timbre Pizza akan menyalurkan sebahagian daripada hasil jualannya bagi menyumbang ke arah usaha muzik mereka.

”Piza Timbre sentiasa menjadi sebahagian daripada menu kami, dan popularitinya telah menyumbang kepada kehadiran kami yang mantap dalam industri.

“Dengan pelancaran Timbre Pizza dan pensijilan halalnya, kami kini boleh menawarkan piza lazat kami kepada orang ramai secara lebih luas merentasi pelbagai masyarakat di Singapura,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Timbre Group, Encik Danny Loong.

Timbre Pizza terletak di Timbre+One North dan One Punggol Hawker Center.

Piza Runaway oleh Awi Rafael diinspirasikan daripada singlenya.

Hidangan piza itu akan menarik pencinta daging kerana ia mengandungi ‘beef con carne’, sosej ayam keju berserta pepperoni.

Piza itu juga mengandungi sos keju serta jalapenos yang menambah kepedasan kepada piza tersebut. Hidangan piza yang unik mencerminkan semangat penyanyi Awi Rafael dalam industri muzik.

Antara hidangan piza popular lain ialah Piza Itik Panggang Timbre yang menggunakan sos hoisin (sos pekat juadah Kantonis) itik panggang dan di atasnya ditabur kulit popia goreng yang rangup agar lebih enak.

Bagi pencinta makanan laut pula, Piza Tomyam yang mengandungi udang, sotong dan kerang, dipadankan dengan sos pomodoro tomyam serta ditaburi keju mozarela, ketumbar goreng dan serai.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg