SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Sulaman hakikat 

Sulaman hakikat 

Jan 10, 2024 | 5:30 AM

Sulaman hakikat 

Cik KAMARIA BUANG
Cik KAMARIA BUANG - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Bagai benang emas
keindahan jelas mengulas
dalam lingkunganmu
mewarnai alam biru

Kusulam bianglala
dalam lingkaran pengidang
satu demi satu alur benang
merenang warna gemilang
di hujung jari jarum menikam
mengikat kuat
petua dan syarat
makna muafakat
pada tenungan makrifat
antara mata jari dan hati
menyubur sanubari
kehalusan tersendiri
dinilai jauhari

Benang sutera terus mengikat mewarnai makna hakikat

Kamaria Buang

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg