Topik diikuti
Pergi ke BHkuKetahui cara guna dekak-dekak
Ketahui cara guna dekak-dekak
Ketahui cara guna dekak-dekak
Dekak-dekak atau ‘abacus’ adalah antara alat penghitungan tertua di dunia dan boleh dianggap sebagai kalkulator bukan digital terawal.
Konsep dekak-dekak dianggar berumur 4,000 hingga 5,000 tahun dan berkembang dari masa ke masa dalam tamadun berbeza.
Tujuan asas dekak-dekak adalah untuk digunakan dalam pengiraan seperti penambahan, penolakan, pembahagian dan pendaraban.
Pengguna yang mahir juga boleh membuat perkiraan fungsi yang kompleks, termasuk punca kuasa dua, punca kuasa tiga, serta operasi melibatkan nombor besar dan nombor perpuluhan.
Dekak-dekak digunakan untuk menghitung nombor dengan menggerakkan manik.
Setiap manik mewakili nilai nombor tertentu.
Merujuk kepada dekak-dekak di dalam gambar, setiap manik di bawah palang tengah membawa nilai satu manakala manik di atas palang tengah membawa nilai lima.
Setiap lajur mewakili nilai tempat seperti satuan (paling kanan), puluhan (dua dari kanan), ratusan (tiga dari kanan) dan seterusnya.
Untuk mula menghitung, semua manik ditolak ke kedudukan asal. Ini bermaksud nilai ‘0’.
Untuk menambah nombor, gerakkan manik ke arah palang tengah. Setiap manik yang digerakkan akan menambah nilai nombor.
Untuk tolak pula, anda kembalikan manik ke posisi asal.
