Bagi yang ingin mengintai masa depan Lapangan Terbang Changi, pameran Terminal 5 (T5) menawarkan peluang untuk melihat dengan lebih dekat visi terminal terbaru dan terbesar Singapura itu.
Pameran itu menampilkan lima zon berbeza.
Selain menyusuri sejarah Lapangan Terbang Changi, si cilik boleh mempelajari tentang konsep reka bentuk, serta perancangan di sebalik T5.
Anda sekeluarga juga boleh melihat evolusi Pantai Changi melalui usaha penambakan tanah yang berlangsung selama beberapa dekad.
Tarikh: Kini hingga Mac
Lokasi: Dewan Ketibaan Terminal 3, Lapangan Terbang Changi, 65 Airport Boulevard
Waktu: Sesi tempahan tersedia dari 10 pagi hingga 7.15 malam
Untuk menempah sesi lawatan dan maklumat lanjut, layari laman web, https://bh.sg/terminal5
Sambut penggal persekolahan baru dengan kegiatan membaca bersama keluarga di tiga perpustakaan awam melalui Kelab Baca Ria!
Kanak-kanak berusia empat hingga lapan tahun pasti teruja dengan kisah-kisah rakyat dan buku-buku bergambar terbaru dalam bahasa Melayu, diikuti dengan kegiatan kraf yang menyeronokkan.
Ibu bapa pula boleh menyertai anak dalam pengalaman membaca yang interaktif dan penuh kreativiti.
Tarikh/Lokasi: 10 Januari di Perpustakaan Tampines; 17 Januari di Perpustakaan Yishun; 24 Januari di Perpustakaan Woodlands
Waktu: 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Masuk percuma namun tempat adalah terhad.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, layari laman web, https://bh.sg/bacaria
Bagi mereka yang berminat dengan seni dan budaya, pesta Light to Night Singapore 2026, menawarkan cara menarik untuk meneroka pusat bandar melalui seni pemasangan.
Pesta edisi ke-10 itu, anjuran Galeri Nasional Singapura, memperkenalkan siri seni pemasangan baru yang digelar ‘Santai’ dengan menampilkan pemasangan seni interaktif dan unjuran cahaya daripada perspektif pelbagai lapisan masyarakat.
Keluarga, pencinta seni dan peminat fotografi boleh memilih salah satu daripada empat laluan yang disesuaikan mengikut minat dan tempoh lawatan.
Tarikh: Dari 9 hingga 31 Januari
Lokasi: Serata pusat bandar Singapura, termasuk Galeri Nasional Singapura, Muzium Tamadun Asia (ACM), Teater Victoria dan banyak lagi
Masuk percuma, namun beberapa program perlu dibayar.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg