Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

5 penyakit sering dialami kanak-kanak

Jan 8, 2026 | 5:30 AM
penyakit jangkit, buka sekolah, meningkat, kanak-kanak
Selesema merupakan jangkitan pada hidung, saluran pernafasan dan tekak. - Foto ISTOCKPHOTO

Selesema

Adakah anak anda mengalami hidung tersumbat atau berair serta mata berair? Adakah dia kerap bersin dan batuk?

Dia mungkin sedang mengalami selesema.

Selesema sangat biasa dalam kalangan bayi dan kanak-kanak kecil begitu juga dengan demam.

Apakah yang perlu anda lakukan?

  1. Pastikan anak minum banyak air dan jus rendah gula
  2. Jauhi anak daripada tempat sesak, individu yang sakit dan kanak-kanak lain
  3. Ajar anak menggunakan tisu untuk menghembus hidung atau menutup mulut ketika bersin
  4. Bawa anak berjumpa doktor jika keadaannya tidak bertambah baik selepas beberapa hari, atau jika dia mengalami demam panas
Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) ialah jangkitan yang menyebabkan ruam pada tangan dan kaki, serta ulser mulut.
Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) ialah jangkitan yang menyebabkan ruam pada tangan dan kaki, serta ulser mulut. - Foto fail

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Adakah terdapat ruam atau lepuh pada tapak tangan, kaki atau punggung anak anda?

Adakah dia mengalami ulser mulut yang menyakitkan, demam atau sakit tekak?

Ini mungkin tanda penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Dalam kes tertentu, penyakit ini boleh menjadi lebih serius.

Apakah yang perlu anda lakukan?

  1. Maklumkan pihak sekolah jika anak hidap HFMD dan pastikan dia berehat di rumah supaya jangkitan tidak merebak
  2. Pastikan anak minum air secukupnya
  3. Berikan makanan lembut seperti bubur kerana ulser mulut boleh menyakitkan
  4. Pastikan anak mendapat rehat mencukupi
  5. Ambil langkah pencegahan di rumah seperti menyahjangkit mainan dan barang yang sering disentuh anak
  6. Bawa anak ke doktor dengan segera jika anda syak dia menghidap HFMD
Cacar air ialah penyakit yang sangat berjangkit dan menyebabkan demam dan lepuh kecil yang merah dan gatal pada muka dan badan.
Cacar air ialah penyakit yang sangat berjangkit dan menyebabkan demam dan lepuh kecil yang merah dan gatal pada muka dan badan. - Foto fail

Cacar Air

Adakah anak anda mengalami demam serta ruam merah yang gatal pada badan dan muka?

Ruam cacar air akan muncul secara berperingkat dan akhirnya menjadi lepuh.

Jika kawasan yang digaru dijangkiti, ia boleh meninggalkan parut.

Dalam kalangan kanak-kanak sihat, cacar air biasanya sangat mudah berjangkit melalui sentuhan langsung atau titisan udara.

Apakah yang perlu anda lakukan?

  1. Maklumkan pihak sekolah dan pastikan anak berehat di rumah
  2. Potong kuku anak dan pertimbangkan untuk memakaikan sarung tangan pada waktu malam bagi mengelakkan si anak daripada menggaru
  3. Mandikan anak dengan air sejuk untuk kurangkan kegatalan
  4. Bawa anak ke doktor dengan segera jika ruam merebak ke mata, menjadi sangat merah atau sakit, atau jika anak mengalami pening, kekeliruan, muntah, degupan jantung laju, sesak nafas, kejang otot, hilang koordinasi otot, leher kaku atau demam tinggi
Ekzema ialah keadaan kulit yang menyebabkan ruam merah yang gatal dan kering pada kulit.
Ekzema ialah keadaan kulit yang menyebabkan ruam merah yang gatal dan kering pada kulit. - Foto NATIONAL SKIN CENTRE

Ekzema

Adakah anak anda mengalami ruam merah dan gatal pada anggota tubuh atau muka?

Adakah dia kerap menggaru dan mengadu kegatalan?

Kanak-kanak yang menghidap ekzema biasanya mempunyai sejarah keluarga dengan ekzema.

Ekzema tidak berjangkit.

Apakah yang perlu anda lakukan?

  1. Pastikan kulit anak sentiasa lembap dan gunakan krim steroid jika penggunaan disah doktor
  2. Beri ubat antihistamin sebelum tidur kerana ia boleh kurangkan kegatalan dan bantu anak tidur dengan lebih selesa
  3. Elak perubahan suhu secara mendadak, habuk, bulu haiwan, asap tembakau dan tekanan
  4. Guna sabun yang sesuai dan pastikan anak berpakaian yang diperbuat daripada kapas yang ringan
  5. Bawa anak ke doktor jika kegatalan mengganggu kegiatan harian atau tidurnya, atau jika terdapat kudis berkerak atau bernanah
Penyakit lelah merupakan keadaan di mana saluran pernafasan meradang, menjadi lebih sensitif daripada biasa dan lebih sempit, menyebabkan pernafasan menjadi sukar.
Penyakit lelah merupakan keadaan di mana saluran pernafasan meradang, menjadi lebih sensitif daripada biasa dan lebih sempit, menyebabkan pernafasan menjadi sukar. - Foto ISTOCKPHOTO

Penyakit lelah

Adakah anak anda kadangkala semput, sesak nafas, sakit dada atau mengalami batuk yang berpanjangan?

Kanak-kanak yang mempunyai penyakit lelah mempunyai saluran pernafasan sensitif dan meradang.

Penyakit ini sangat biasa dan menjejas sekitar 20 peratus kanak-kanak di Singapura.

Apakah yang perlu anda lakukan?

  1. Pastikan anak menggunakan alat sedut nafas atau ‘inhaler’ seperti yang diarahkan doktor. Ulang setiap 20 minit sehingga sejam jika perlu
  2. Elak habuk, bulu haiwan, asap tembakau dan tekanan
  3. Bawa anak ke doktor dengan segera jika gejala tidak reda, semakin teruk, atau kembali dalam tempoh empat jam

Artikel ini kali pertama disiarkan di HealthHub, wadah nasional untuk kesihatan yang menyediakan maklumat berdasarkan kajian disumbangkan institusi penjagaan kesihatan awam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg