Topik diikuti
Pergi ke BHkuSarimah Ibrahim tegur penerbit tidak profesional, hak pelakon terabai
Sarimah Ibrahim tegur penerbit tidak profesional, hak pelakon terabai
Sarimah Ibrahim tegur penerbit tidak profesional, hak pelakon terabai
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim, meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir penerbit dan pengarah yang disifatkan tidak profesional dalam menguruskan tawaran lakonan sehingga menyusahkan pelakon.
Menerusi satu hantaran di wadah Threads, Sarimah, 48 tahun, menegaskan pihak penerbitan seharusnya menilai kemampuan belanjawan terlebih dahulu sebelum menghubungi atau mengatur pertemuan bersama pelakon bagi membincangkan sesebuah projek.
“Kalau sudah tahu bajet tidak mampu, saya sarankan jangan jumpa pelakon untuk bermesyuarat atau menghantar pesanan.
“Malah, ada yang sempat berswafoto dan meminta kami ‘lock date’ (kunci tarikh) sehingga kami terpaksa menolak tawaran kerja lain atas janji berkenaan,” kata Sarimah, lapor laman web, Berita Harian Malaysia (BHM).
Menurutnya, keadaan itu bukan sahaja mengganggu jadual kerja pelakon, malah memberi tekanan emosi kepada mereka.
“Sebab inilah ramai pelakon jadi serik dan hilang semangat untuk terus berlakon.
“Ramai yang dilabel sombong, padahal mereka sebenarnya sedang tertekan dan kecewa dengan apa yang berlaku,” ujarnya.
Pelakon filem, Janji Diana dan Puteri Impian 2, itu turut menyifatkan etika kerja sedemikian sebagai tidak profesional dan perlu diperbaiki demi menjaga kebajikan anak seni.
Luahan Sarimah mendapat perhatian ramai termasuk beberapa rakan artis mapan seperti Rita Rudaini, Catriona Ross dan Zila Bakarin.
Catriona, 45 tahun, turut mengucapkan terima kasih kepada Sarimah kerana berani menyuarakan perkara itu.
Manakala Rita, 50 tahun, mengakui sering berdepan keadaan serupa sehingga dilabel sebagai pelakon ‘demand’ (cerewet).
“
“Kalau sudah tahu bajet tidak mampu, saya sarankan jangan jumpa pelakon untuk bermesyuarat atau menghantar pesanan. Malah, ada yang sempat berswafoto dan meminta kami ‘lock date’ (kunci tarikh) sehingga kami terpaksa menolak tawaran kerja lain atas janji berkenaan.”