Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Destinasi jarak sederhana paling diminati pelancong S’pura bagi suku pertama 2026

Dec 21, 2025 | 5:30 AM
Pengunjung dengan pakaian tradisional di sekitar Forbidden City, Beijing, China, pada 12 Disember 2025.
Pengunjung dengan pakaian tradisional di sekitar Forbidden City, Beijing, China, pada 12 Disember 2025. - Foto REUTERS

China, Jepun dan Malaysia muncul sebagai destinasi pelancongan yang menyaksikan jumlah tempahan penerbangan tertinggi oleh warga Singapura pada suku pertama tahun depan, dengan taman-taman bertema di China dan Jepun menjadi tarikan paling popular.

Dapatan ini terhasil menerusi tinjauan yang dijalankan oleh penyedia khidmat perjalanan, Trip.com.

Dalam kategori tarikan, Shanghai Disney Resort, Universal Studios Japan, dan Tokyo DisneySEA mencatat jumlah tempahan paling tinggi dari 1 Disember 2025 hingga 31 Mac 2026.

Menurut Pengurus Besar Trip.com Singapore, Encik Edmund Ong, suku pertama 2026 adalah tempoh perayaan penting, termasuk Tahun Baru Cina dan Hari Raya. Tempoh ini dirangsang lagi oleh percutian keluarga serta kadar pertukaran mata wang yang menguntungkan, jelas beliau.

Trip.com juga mendedahkan bahawa, meskipun China, Jepun, dan Malaysia menduduki tempat teratas sebagai destinasi utama, destinasi jarak sederhana sebenarnya adalah yang paling diminati oleh pelancong Singapura.

Sebanyak separuh daripada tempahan penerbangan yang dibuat untuk suku pertama tahun depan adalah bagi perjalanan jarak sederhana, iaitu antara 2,000 kilometer (km) hingga 5,000 km.

Hampir sepertiga pula (32 peratus) adalah untuk perjalanan jarak pendek kurang daripada 2,000 km, manakala 18 peratus adalah untuk penerbangan jarak jauh melebihi 5,000 km.

Sejajar dengan trend ini, bandar-bandar jarak sederhana seperti Tokyo, Taipei, dan Seoul turut mendahului senarai bandar yang menjadi pilihan utama warga Singapura, selain destinasi jarak pendek yang kekal digemari ramai seperti Bangkok dan Kuala Lumpur.

10 destinasi antarabangsa paling popular berdasarkan tempahan tiket penerbangan (mengikut urutan)

  • China
  • Jepun
  • Malaysia
  • Thailand
  • Vietnam
  • Taiwan
  • Korea Selatan
  • Filipina
  • Indonesia
  • India
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg