SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

S’pura sasar jadi hab dagangan emas di Asia

S’pura sasar jadi hab dagangan emas di Asia

Peluang keemasan di tengah-tengah minat pelabur yang kian meningkat; pemerintah bekerja rapat dengan industri
Mar 27, 2026 | 12:00 PM

S’pura sasar jadi hab dagangan emas di Asia

S’pura, MAS, hab dagangan emas, Asia
Pemerintah sedang bekerjasama rapat dengan industri untuk menempatkan Singapura sebagai hab perdagangan emas yang dipercayai di Asia bagi memenuhi minat yang kian meningkat dalam kalangan pelabur untuk menyimpan dan berdagang emas di negara ini. - Foto BT

Singapura telah membentangkan rancangan untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai hab perdagangan emas yang dipercayai di Asia bagi memenuhi minat yang semakin meningkat dalam kalangan pelabur untuk menyimpan dan berdagang emas di negara ini.

Ia termasuk membangunkan produk pasaran modal berkaitan emas bagi menyokong penemuan harga dan kecairan, mewujudkan piawaian sejajar antarabangsa untuk penyimpanan dan logistik, serta membina sistem penjelasan untuk menyokong perdagangan di kaunter jongkong emas besar dan kilobar.

Bercakap kepada media di Bangunan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) di Shenton Way pada 27 Mac, Menteri Pembangunan Negara yang juga Timbalan Pengerusi MAS, Encik Chee Hong Tat, berkata pemerintah sedang bekerjasama rapat dengan industri untuk mencapai matlamat itu.

“Kami ingin bekerjasama rapat dengan industri supaya kami memahami beberapa permintaan industri, maklum balas dan bidang berpotensi yang boleh kami tingkatkan.

“Kami juga ingin memastikan bahawa kami melakukan ini dengan kerjasama erat bersama industri supaya apa sahaja yang kami laksanakan pada akhirnya akan membawa nilai kepada mereka,” kata Encik Chee.

Beliau menambah, MAS juga sedang meneroka menyediakan perkhidmatan simpanan untuk bank pusat asing dan entiti berdaulat bagi memenuhi potensi permintaan.

Langkah itu telah dibangunkan oleh Kumpulan Kerja Pembangunan Pasaran Emas, sebuah kumpulan kerja yang dipengerusikan bersama oleh MAS dan Persatuan Pasaran Jongkong Emas Singapura (SBMA).

Ia ditubuhkan pada Januari 2026 susulan kajian industri secara meluas yang dijalankan sepanjang 2025, dan merangkumi institusi kewangan utama seperti DBS Bank, UOB, ICBC Standard Bank, JPMorgan Chase, UBS, SGX Group dan Majlis Emas Dunia.

Menurut Encik Chee, persekitaran sejagat yang lebih bergolak telah menyebabkan bank pusat, syarikat dan pelabur melihat emas sebagai aset terhadap ketidakpastian.

Dalam pada itu, empat bidang utama yang diumumkan itu merupakan bahagian penting dalam ekosistem hab perdagangan emas yang pemerintah berharap dapat dibangunkan kerana ia “membina daripada reputasi Singapura yang dipercayai sebagai hab kewangan antarabangsa”.

Ketika ditanya tentang pertimbangan yang diambil kira oleh MAS dalam mewujudkan Singapura sebagai hab perdagangan emas, Encik Chee berkata pertimbangan utama adalah keselamatan dan sekuriti.

“Saya fikir ini memainkan peranan penting dalam kekuatan kita. Kita dilihat sebagai pusat kewangan yang boleh dipercayai. Singapura adalah tempat yang selamat dan terjamin.

“Jadi saya fikir inilah sebabnya pemain industri berasa ini adalah salah satu bidang yang akan memberi kelebihan kepada Singapura,” ujar Encik Chee.

MAS dan SBMA berkata dalam beberapa bulan akan datang, kumpulan kerja itu akan menghuraikan butiran untuk langkah berbeza di bawah setiap bidang tumpuan utama dan menyediakan kemas kini berkala mengenai pelaksanaan sepanjang tahun.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg