SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

S’pura pertimbang tambah ruang simpanan emas untuk jadi hab dagangan

S’pura pertimbang tambah ruang simpanan emas untuk jadi hab dagangan

Sumber sebut kawasan dekat Lapangan Terbang Changi antara lokasi berpotensi bagi simpan jongkong emas dari bank pusat lain
Apr 1, 2026 | 1:37 PM

S’pura pertimbang tambah ruang simpanan emas untuk jadi hab dagangan

ekonomi, Penguasa Kewangan Singapura (MAS), timbang tambah ruang simpan emas, hab simpanan emas, bank pusat lain
Penguasa kewangan di seluruh dunia memegang hampir 39,000 tan jongkong emas, atau kira-kira 18 peratus daripada semua emas yang pernah dilombong, menurut Majlis Emas Sedunia (WGC). - Foto PIXABAY

Singapura sedang menimbangkan untuk menambah ruang penyimpanan emas, bertujuan menampung simpanan bank-bank pusat negara lain.

Ini adalah sebahagian daripada usaha yang lebih besar untuk menjadikan negara ini hab perdagangan jongkong emas.

Singapura sedang menilai lokasi berpotensi, termasuk sebidang tanah berhampiran Lapangan Terbang Changi, menurut sumber yang enggan dinamakan kerana perbincangan itu bersifat sulit.

“Kami sedang mempertimbangkan penggunaan kemudahan sedia ada untuk penyimpanan emas,” kata jurucakap Penguasa Kewangan Singapura (MAS), namun tidak mengulas lanjut sama ada bank pusat itu akan memperbesarkan tempat penyimpanan tersebut.

Pihak berkuasa Singapura juga telah mengumumkan satu rancangan bersama kumpulan industri tempatan untuk membangunkan perkhidmatan dan produk bagi meningkatkan perdagangan emas.

Ini termasuk sistem penyelesaian di kaunter serta produk-produk pasaran modal.

Bilik kebal jongkong emas lazimnya terletak di tempat yang ada sambungan jalan yang selamat dan cekap ke lapangan terbang, bagi memudahkan pengangkutan logam berharga secara selamat dan cepat, di samping mengurangkan masa ia perlu diangkut melalui jalan darat.

Langkah menarik minat bank-bank pusat – penyedia kecairan utama memandangkan rizab emas besar yang mereka pegang – adalah penting kepada rancangan Singapura.

Selain itu, sokongan daripada institusi kewangan utama yang bertindak sebagai penggiat pasaran juga diperlukan.

Gabungan kedua-dua elemen inilah yang membentuk asas hab perdagangan emas terbesar di dunia, London, di mana berbilion dolar nilai emas didagangkan setiap hari.

Penguasa kewangan global memegang hampir 39,000 tan jongkong emas, atau sekitar 18 peratus daripada semua emas yang pernah dilombong, menurut Majlis Emas Sedunia (WGC).

Walaupun hanya sebahagian kecil daripada pasaran itu yang dapat diraih, ia sudah cukup untuk mengukuhkan kedudukan Singapura dalam perdagangan emas serantau.

Kini, ia masih didominasi oleh Hong Kong, pintu masuk utama bagi logam-logam berharga yang mengalir masuk dan keluar dari China, pengguna terbesar dunia. – Agensi berita.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg