Topik diikuti
Pergi ke BHkuPegawai kesihatan AS pantau 16 orang untuk gejala hantavirus
Pegawai kesihatan AS pantau 16 orang untuk gejala hantavirus
Pegawai kesihatan AS pantau 16 orang untuk gejala hantavirus
WASHINGTON: Para pegawai kesihatan Amerika Syarikat. sedang memantau 16 lagi orang di seluruh negara yang mempunyai gejala hantavirus yang tidak disebut oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) sebelum ini.
Namun, mereka bukan penumpang kapal persiaran tetapi telah menaiki penerbangan pada 25 April ke Johannesburg, Afrika Selatan, dan terdedah kepada seseorang yang diketahui telah dijangkiti, kata Dr David Fitter, yang mengetuai pasukan tindak balas CDC terhadap wabak tersebut.
Ini menjadikan seramai 41 orang kini dipantau CDC - peningkatan ketara berbanding 18 penumpang kapal persiaran Belanda yang dibawa pulang ke Amerika pada 11 Mei.
Mereka semua sedang dikuarantin di kemudahan khas di Omaha dan Atlanta.
Tujuh penumpang lain telah keluar daripada kapal persiaran tersebut pada 24 April di St. Helena, sebuah pulau di Lautan Atlantik. Mereka pulang ke Amerika dengan penerbangan komersial dan sedang dipantau oleh jabatan kesihatan negeri.
Namun, sehingga 14 Mei, tiada kes hantavirus yang disahkan di Amerika, kata Dr. Fitter.
Penumpang yang dijangkiti itu ialah seorang wanita Belanda berusia 69 tahun yang suaminya merupakan orang pertama yang meninggal dunia akibat wabak itu pada 11 April.
Wanita berkenaan adalah antara mereka yang keluar daripada kapal pesiaran itu pada 24 April.
Keesokan harinya, beliau terbang daripada St. Helena ke Johannesburg. Beliau rebah sejurus selepas tiba dan meninggal dunia pada 26 April. Beliau disahkan menghidap hantavirus pada pada 4 Mei.
Pegawai CDC tidak memberi sebarang maklumat lain tentang 16 penumpang kapal itu, termasuk ke mana mereka pergi sebaik sahaja tiba di Amerika.
Tidak jelas sama ada semua rakyat Amerika yang terdedah kepada hantavirus itu telah kembali ke negara ini, atau sama ada terdapat orang tambahan yang dipantau di luar negara.
“Tugas kami adalah untuk memastikan bahawa kami memantau dan berhubung dengan sesiapa sahaja yang mungkin berada dalam penerbangan yang dinaiki orang ini,” kata Dr Fitter.
Agensi itu sedang “memantau semua rakyat Amerika yang berpotensi terdedah, sama ada di Amerika atau di luar negara, dan kami telah berhubung dengan mereka,” katanya lagi.
Dalam satu temu bual pada 10 Mei dengan CNN, pemangku pengarah CDC, Dr Jay Bhattacharya, berkata tiada seorang pun daripada tujuh penumpang yang kembali ke Amerika sebelum ini mengalami simptom hantavirus, jadi pegawai tidak melihat keperluan untuk memaklumkan orang ramai atau mengesan kontak.
Buat masa ini, kuarantin pada dasarnya adalah sukarela. Pegawai menggalakkan mereka yang terdedah kepada virus itu untuk “duduk di rumah dan mengelakkan berada di sekitar orang ramai semasa tempoh pemantauan 42 hari mereka,” kata Dr. Fitter. - Agensi berita
