RAMALLAH: Presiden Palestin, Encik Mahmoud Abbas, didakwa sedang mempersiapkan anaknya,Encik Yasser Abbas, untuk memegang jawatan kanan dalam gerakan Fatah, langkah yang mencetuskan kebimbangan mengenai masa depan politik Palestin dan dakwaan kesinambungan pemerintahan keluarga dalam pihak Penguasa Palestin (PA).

Menurut enam pegawai Palestin yang enggan dikenali, Encik Mahmoud Abbas yang kini berusia 90 tahun menggunakan pengaruh politiknya untuk membantu Encik Yasser mendapatkan kedudukan dalam Jawatankuasa Pusat Fatah, badan kepimpinan tertinggi parti tersebut.

Fatah merupakan parti pemerintah dalam PA yang mentadbir sebahagian wilayah Tebing Barat.

Encik Mahmoud Abbas telah memimpin PA sejak 2005, namun tempoh rasmi jawatan presidennya sebenarnya tamat pada 2009 selepas pilihan raya baharu berulang kali dibatalkan.

Sejak itu, beliau sering dikritik kerana didakwa memusatkan kuasa, melemahkan institusi kehakiman dan mengekalkan kerjasama keselamatan dengan Israel walaupun pendudukan Israel di Tebing Barat terus berlanjutan.

Bagi ramai rakyat Palestin, usaha menaikkan anak sendiri ke dalam struktur tertinggi Fatah menunjukkan Encik Abbas tidak bercadang melepaskan pengaruhnya dalam politik Palestin. “Kita sedang berdepan pemerintahan seorang individu. Beliau mengawal segala-galanya,” kata penganalisis politik Palestin, Encik Hani al-Masri.

Encik Yasser Abbas bagaimanapun enggan ditemu bual dan tidak menjawab soalan bertulis media. Pejabat Mahmoud Abbas juga tidak memberi sebarang maklum balas terhadap permintaan komen.

Sebelum ini Encik Abbas sering berjanji mahu memerangi rasuah dalam sistem politik Palestin, namun beliau juga dikritik kerana gagal mengambil tindakan tegas terhadap dakwaan salah guna kuasa dalam pentadbiran.

Langkah memperkukuh kedudukan keluarga Abbas berlaku ketika PA sedang berdepan tekanan antarabangsa, khususnya daripada Amerika Syarikat dan negara Barat, supaya melaksanakan reformasi politik yang lebih menyeluruh.

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sebelum ini menyatakan PA hanya boleh memainkan peranan penting di Gaza selepas perang sekiranya badan itu melaksanakan pembaharuan politik dan pentadbiran.

Dalam Kongres Agung Fatah yang berlangsung berlangsung dari 14 hingga 16 Mei 2026 secara serentak di Ramallah, Gaza, Kaherah dan Beirut; Encik Yasser Abbas, 64 tahun, dilaporkan aktif melobi anggota parti bagi mendapatkan tempat dalam Jawatankuasa Pusat Fatah.

Pegawai Palestin berkata tanpa sokongan bapanya, peluang Encik Yasser untuk dipilih adalah sangat tipis.

Dalam ucapan pembukaan kongres tersebut, Encik Mahmoud Abbas berkata Fatah selama ini menjadi “tulang belakang” perjuangan nasional Palestin.

Beliau turut menyentuh kemusnahan besar di Gaza serta apa yang disifatkannya sebagai “keganasan peneroka” Israel di Tebing Barat.

Encik Abbas juga sekali lagi berjanji mahu mengadakan pilihan raya presiden dan parlimen Palestin yang sudah tertangguh hampir 20 tahun. “Perkara ini membuktikan komitmen kami terhadap proses demokrasi dan kepelbagaian politik,” katanya tanpa memberikan sebarang tarikh jelas.

Beliau kemudian dipilih semula sebagai pengerusi Fatah.

Sejak setahun kebelakangan ini, Encik Yasser Abbas mula memainkan peranan lebih menonjol dalam urusan rasmi Palestin.

Beliau dihantar sebagai wakil ke Lebanon bagi membantu rundingan melibatkan kumpulan Palestin di kem pelarian, termasuk usaha melucutkan senjata beberapa kumpulan bersenjata. Namun usaha itu dilaporkan mencapai kejayaan yang terhad.

Tanda-tanda cita-cita politik Encik Yasser juga semakin jelas sejak beberapa minggu lalu apabila beliau mengadakan lawatan ke ibu pejabat beberapa agensi keselamatan Palestin di Ramallah dan bertemu pegawai kanan keselamatan.

Ketika lawatan tersebut, beliau memakai pakaian hijau gelap yang menyerupai pakaian tentera dipakai bekas pemimpin Palestin, Yasir Arafat.

Encik Yasser juga menggunakan gelaran “Abu Ammar”, nama panggilan yang pernah digunakan Arafat.
Beliau turut mengiringi bapanya dalam lawatan luar negara dan menghadiri pertemuan bersama pemimpin asing.

Menurut bekas pegawai kanan Amerika, Cik Barbara Leaf, kehadiran Encik Yasser dalam delegasi rasmi Palestin pernah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pegawai Amerika. “Kami pernah menyampaikan melalui saluran rasmi PA bahawa tidak wajar anak Abbas muncul dalam delegasi rasmi,” katanya.

Beliau berkata Encik Yasser pernah menghadiri pertemuan antara Yasser Mahmoud Abbas dan Setiausaha Negara Amerika ketika itu, Yasser Antony Blinken, selepas serangan Hamas terhadap Israel pada Oktober 2023.

Beberapa pemimpin kanan Fatah dilaporkan tidak bersetuju dengan kemasukan Yasser Yasser ke dalam Jawatankuasa Pusat parti, namun mereka enggan menyuarakan bantahan secara terbuka kerana bimbang dikenakan tindakan oleh Yasser Abbas.

Sebelum ini, timbalan Yasser Abbas, Yasser Hussein al-Sheikh, dianggap calon paling berpotensi menggantikan beliau sebagai pemimpin utama Palestin.

Namun ramai rakyat Palestin melihat kedua-dua tokoh itu hanya mewakili kesinambungan sistem lama yang gagal membawa perubahan besar kepada rakyat.

Seorang penduduk Ramallah yang mahu dikenali sebagai Alaa berkata rakyat Palestin semakin hilang keyakinan terhadap kepimpinan sedia ada. “Tiada keadilan di bumi ini. Kami hidup antara pemerintah Palestin yang korup dan pendudukan Israel yang keras,” katanya. “Harapan terhadap pemimpin kami semakin sedikit. Rasanya semua jalan berakhir dengan kebuntuan.”

Penganalisis turut memberi amaran bahawa usaha Yasser Mahmoud Abbas membantu kenaikan anaknya boleh memburukkan lagi imej Fatah ketika gerakan itu cuba memulihkan sokongan rakyat.

“Fatah perlu membina imej baharu, tetapi membawa Yasser ke dalam Jawatankuasa Pusat akan memberi kesan sebaliknya,” kata felo kanan Institut Washington bagi Dasar Asia Barat Timur Tengah, Yasser Ghaith al-Omari. - Agensi berita