aku hanya sekeping kayu serpihan sebatang pohon entah dari mana asalnya mungkin dari jati di hulu Irrawaddy atau di belantara sungai Mekong boleh jadi dari mahoni lurah sungai Musi
kini terapung aku di laut lepas jadi mainan ombak ganas sebentar tenggelam di perut lara sebentar timbul di puncak persada turun naik jadi hakikat masa


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg