SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Secawan Kopi

Premium

Secawan Kopi

Jul 21, 2024 | 5:30 AM

Secawan Kopi

Secawan kopi buat penyegar tekak.
Secawan kopi buat penyegar tekak. - Foto ST

Secawan kopi
ku bancuh setitik madu asli
sekali dua ku teguk hendak lagi
terasa damai dan menenangkan hati
sambil menganyam puisi ku hirup lagi kopi
aroma kopi ku hidu memberi inspirasi
melahirkan bait-bait kata berdiksi
bunga-bunga bahasa indah memberi erti
kawan, usah kau tuangkan rasa sangsi
ke dalam kopiku yang sedang ku menikmati
menilailah sendiri dalam lubuk hati
ramai yang tidak mengerti
puisi adalah secawan kopi

Mustafa Bachok

Laporan berkaitan
Bulan MuharamJul 24, 2023 | 11:57 AM
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg