Ramadan Dimana hati dibersihkan Dikawal nafsu mengerti peranan Dalam sebulan diri disucikan

Syawal Disambut meriah bertakbir Bahagia keluarga sendu musafir Bersama menyambut berlainan tafsir

Ramadan tidak akan hilang Syawal diberi laluan bertandang Syawal datang sambut kemenangan Ramadan rehat sementara diberikan

Ramadan Sebulan penuh cerita Awal tengah didakap semua Akhir semoga amal diterima

Syawal Bertamu membawa ceria Bergembira ujian dilalu setia Bertakbir memuji Maha Esa

Ramadan dan Syawal indah berganding Umpama dua sejoli cantik bersanding

AMRA (Amirrudin Bin Selamat)