SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Nasib Seorang Perempuan

Nasib Seorang Perempuan

Aug 13, 2023 | 5:30 AM

Nasib Seorang Perempuan

KASIH: Seorang wanita tetap menunjukkan kasih kepada anak tanpa mengira keadaan dirinya bagaimana sekali pun.
KASIH: Seorang wanita tetap menunjukkan kasih kepada anak tanpa mengira keadaan dirinya bagaimana sekali pun. - Foto AFP

Dirimu telah terbiasa

bergelut dengan pedih derita

sudah lali tidak terasa

duka perih dan terluka

Namun engkau percaya

hikmah akan hadir jua

biarpun sakitnya amat berbisa

engkau tanggung sekian lama

Di wajahmu engkau pamerkan ceria

kiranya itu adalah takdir

diasak cabaran hingga engkau terpinggir

sekalipun melara dalam kepedihan

Engkau terus pasrah pertahan

hidayah-Mu akan hadir menyapa

dan ini hanyalah sebuah ujian

buat aku seorang perempuan.

Ismail Hussain

Laporan berkaitan
Daun Kering ItuJul 28, 2023 | 12:22 AM
Kerana Sejalur CahayaJun 18, 2023 | 2:48 PM
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg