Seakan murung kelihatan

sebentar lagi jingga yang terbentang akan hilang

senja yang redup akan melabuhkan tirainya

kelam bertamu bersama keheningan dan kesunyian

kiranya malam belum lagi memejamkan matanya

dek sorotan lampu neon yang remang-remang

langkah perjalanannya terhenti

ke kiri atau ke kanan

mungkin ke hadapan

atau mungkin berpatah balik

terlupakah kau di mana jalan pulang?

kerana kehilangan tongkatmu?

atau hilang arahmu?

mungkin bayangan siang masih lagi membayangimu?

mungkin?

Faridah Taib

Laporan berkaitan
Menatapmu NyiurApr 4, 2021 | 5:30 AM
KebayaDec 10, 2023 | 4:18 PM