Mengenang Ibu di Aidilfitri

Di Aidilfitri aku terkenang Ibu yang lahirnya tanpa baca yang tuturnya tanpa suara punya perca tanpa pena ingin melukis tanpa warna punya iri namun tanpa meminta-minta Wujudnya Ibu memalar diri menyokong mendokong Abi dan famili mencorak putera puteri mandiri mengasuh seiring berlatih melatih seiring belajar mengajar seiring menganjak peribadi