Premium
Hasbi
Dec 15, 2024 | 5:30 AM
Ruang solat (gambar hiasan) - Foto fail BH
Bagai secangkir kopi yang dibancuh
tanpa menghiraukan
ramuan dan caranya
menambah rasa atau tidak
kerana setiap nafas adalah nikmat
derap detik adalah anugerah;
kau menghayatinya
dengan basmalah
kau hirup
sambil mengucap
syukur hamdalah
kau memandang alam
sambil menyebut
agung Subhanallah.
Muhammad Husin Masnin
Laporan berkaitan
PermainanmuJul 30, 2024 | 12:59 PM
SAF (II) Jul 29, 2024 | 10:33 AM

