Topik diikuti
Pergi ke BHkuZac Rushd: Perjanjian Kedua 1819
Premium
Zac Rushd: Perjanjian Kedua 1819
Zac Rushd: Perjanjian Kedua 1819
BOLEH DIPINJAM: Buku Zac Rushd: Perjanjian Kedua 1819 oleh Hassan Hasaa'ree Ali boleh dipinjam menerusi Nombor Panggilan: Y SING HAS. - Foto NLB -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Oct 26, 2020 | 5:30 AM
NOVEL ini memberikan suntikan kesegaran kepada kesusasteraan tempatan untuk peringkat awal remaja. Unsur interteks sejarah, fantasi, dunia kontemporari dan pengembaraan menjanjikan keseronokan buat pembaca yang menikmati karya ini.
Bertitik tolak daripada penjanjian yang dimeterai antara Tengku Hussein dan Raffles pada 1819, persoalan besar timbul apabila Temenggung berusaha untuk menandatangani satu lagi perjanjian berasingan dengan Residen Pertama Singapura William Farquhar. Walaupun usaha mereka gagal dek serangan Fae, yang diwakili makhluk aneh, Tengelong dan Fledermaus, Kapten Bentley Sutton dan Pengawal Ibrahim berjaya mewakili mereka.
