WHO: 1 daripada 4 penduduk dunia berisiko hilang pendengaran jelang 2050
Premium
WHO: 1 daripada 4 penduduk dunia berisiko hilang pendengaran jelang 2050
Aug 16, 2021 | 5:30 AM
- Foto ISTOCK -
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran dengan meminta melakukan pelaburan tambahan bagi pencegahan dan rawatan, susulan laporan bahawa satu daripada empat penduduk dunia berisiko mengalami masalah pendengaran menjelang 2050.
Laporan berhubung pendengaran global julung-julung kali dikeluarkan itu, berkata masalah kesihatan berpunca daripada pelbagai faktor antaranya jangkitan, penyakit, kecacatan kelahiran, pendedahan kepada bunyi bising dan pilihan gaya hidup yang boleh dicegah melalui kaedah tertentu.

