Topik diikuti
Pergi ke BHkuWabak campak serang semula dunia, terbaru di negara pulau di Pasifik
Premium
Wabak campak serang semula dunia, terbaru di negara pulau di Pasifik
Wabak campak serang semula dunia, terbaru di negara pulau di Pasifik
USAHA BENDUNG WABAK: Seorang jururawat Cik Fa'atafa Tavita bercakap bersama sebuah keluarga mengenai suntikan penyakit demam campak di ibu kota Samoa, Apia. Samoa menjalankan pemvaksinan besar-besaran awal bulan ini bagi membendung wabak campak yang membunuh berpuluh-puluh kanak-kanak. - Foto UNICEF -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Dec 19, 2019 | 5:30 AM
SAMOA: Selepas kepulauan Samoa di Lautah Pasifik mengisytiharkan darurat akibat wabak demam campak bulan lalu, pulau berhampiran American Samoa pula dilanda wabak itu.
Walaupun belum ada laporan mengenai kematian, sekolah diarah tutup dan sembarang perhimpunan di kawasan lapang dilarang di American Samoa, yang terletak lebih 200 kilometer dari Samoa. Ini diumum oleh pemerintah pada 9 Disember lalu.
