Premium
Ustaz Hannan: Hikmah di sebalik penularan koronavirus
Feb 11, 2020 | 5:30 AM
PELUANG PERKUKUH PERPADUAN: Ustaz Dr Hannan berkata wabak yang dihadapi sekarang merupakan peluang bagi masyarakat untuk memperkukuh ikatan sesama insan, bukan untuk saling menuduh dan meretak hubungan. - Foto fail -
WABAK koronavirus yang sedang menular kini merupakan satu peluang untuk memperkukuh ikatan sesama manusia dan bukan untuk menuduh serta meretak hubungan, kata Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan.
"Kepada saudara dan saudari Islam saya, inilah peluang untuk memaparkan makna sebenar kepercayaan kita terhadapNya, Al-Salam (Yang Maha Sejahtera), mengenai mesej sebenar Islam.

