Usah tinggal sunah Nabi walau sambutan Aidilfitri terhad dek Covid-19
Premium
Usah tinggal sunah Nabi walau sambutan Aidilfitri terhad dek Covid-19
May 23, 2020 | 5:30 AM
BERAYA CARA NABI: Ustazah Siti Syariati Sulaiman (kanan), yang bersama Cik Hiah Bayazid, berkata sunah Rasulullah saw ialah salah satu cara meraikan Syawal berpandukan akhlak baginda. - Foto ihsan AFIRA NAQILLA -
MENYAMBUT Aidilfitri ialah syariat yang dianjurkan dalam agama Islam. Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Puasa hari kalian berpuasa dan Aidilfitri hari kalian berbuka." (Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Abu Dawud)
Ternyatalah sambutan Lebaran satu kemenangan bagi umat Islam yang telah berjuang memenuhi tuntutan agama, berpuasa sebulan.

