'Puteri Reformasi' lepas jawatan demi mengukuh matlamat Pakatan?
Premium
'Puteri Reformasi' lepas jawatan demi mengukuh matlamat Pakatan?
Dec 25, 2018 | 5:30 AM
CIK NURUL IZZAH: Peletakan jawatan jelas menunjukkan Nurul Izzah seorang yang berprinsip demi menegakkan kebenaran kerana sanggup melepaskan jawatan penting. - Foto Fail -
PETALING JAYA: Peletakan jawatan Cik Nurul Izzah Anwar sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pengerusi PKR Pulau Pinang dipercayai disebabkan kekecewaan beliau dengan percaturan politik yang berlaku dalam parti dan Pakatan Harapan (PH).
Satu sumber rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Cik Nurul Izzah amat tidak bersetuju dengan tindakan segelintir pemimpin yang mengutamakan kepentingan peribadi hingga menjejaskan usaha PKR untuk melakukan reformasi dalam kepimpinan negara.

