Topik diikuti
Pergi ke BHkuPM: Pemerintah akan perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bahagian akhir sedutan ucapan Perdana Menteri Lee Hsien Loong semasa Perbahasan mengenai Amanat Presiden di Parlimen Rabu lalu.
PM: Pemerintah akan perkukuh jaringan keselamatan sosial
SEDANG kita tangani isu terdekat, kita juga harus melihat pada masa hadapan. Peluang terbentang di hadapan: pertumbuhan berterusan di Asia, integrasi Asean, perusahaan baru, penyejagatan maklumat.
Pada masa yang sama, perubahan pesat dan jurang ketidaksamaan semakin melebar menyebabkan kebimbangan dan keresahan di seluruh dunia.
