Premium
Perjuangan untuk hak kaum wanita masih belum tamat
Oct 2, 2022 | 5:30 AM
BANTAHAN MEREBAK: Penunjuk perasaan memegang plakad semasa perhimpunan membantah kematian Cik Mahsa Amini, di hadapan Gerbang Brandenburg di Berlin, Jerman, 28 September 2022. Cik Mahsa seorang wanita Iran berusia 22 tahun, telah ditangkap polis pencegah maksiat di Tehran pada 13 September oleh polis. Beliau koma semasa dalam tahanan polis dan diisytiharkan mati pada 16 September. - Foto EPA-EFE -
TERDAPAT banyak contoh di dalam dan di luar negara tentang kaum Hawa yang memikul tanggungjawab sebagai pemimpin, karyawan, penggubah perubahan dan tidak kurang juga yang bergiat sebagai pembela keamanan dan kesaksamaan.
Namun sedang kaum Hawa mempunyai peranan lebih luas dan lebih penting dalam masyarakat masa kini, ada yang masih terpaksa memperjuangkan hak asas mereka.

