Premium
Orang Asia belum cukup bersedia kerja dari rumah?
Jun 22, 2020 | 5:30 AM
PELBAGAI KEGIATAN TERTUMPU DI RUMAH: Encik Yuki Sato, yang bekerja dengan sebuah firma baru, cuba memberi tumpuan pada tugas apabila diarah bekerja dari rumah sedang isterinya sibuk menyiapkan sajian di dapur dan anak-anak mereka membuat kerja sekolah. - Foto AFP -
SEDANG ekonomi dunia mula dibuka semula selepas sekatan yang dilaksana untuk membendung penularan Covid-19 dilonggarkan, ramai pekerja di Asia kian kembali bertugas di pejabat secara bertahap.
Namun, dengan jumlah kes jangkitan koronavirus mencapai lebih tujuh juta di seluruh dunia, bekerja dari rumah dijangka terus menjadi pilihan utama di rantau ini.

