Muhammadiyah perluas khidmat jagaan siang buat warga emas
Premium
Muhammadiyah perluas khidmat jagaan siang buat warga emas
Nov 13, 2020 | 5:30 AM
PROGRAM PEMULIHAN: Pesakit berisiko tinggi yang memerlukan khidmat fisioterapi dan terapi cara kerja sudah diadakan kembali di MHCC. Pusat ini menyediakan program pemulihan dan fisioterapi kepada pesakit angin ahmar, lumpuh, Parkinson, amputasi, radang sendi dan sengal-sengal tulang. - Foto BH oleh ALPHONSUS CHERN -
PUSAT Kesihatan dan Jagaan Siang Muhammadiyah (MHCC) - sebuah institusi Persatuan Muhammadiyah - meluaskan perkhidmatan untuk warga emas dan masyarakat setempat walaupun menghadapi cabaran akibat pandemik koronavirus Covid-19.
Ia telah membuka Pusat Muhammadiyah Senior Activity Centre (SAC), atau Pusat Aktiviti Warga Emas, sebuah pusat baru yang menawarkan pelbagai khidmat dan kegiatan yang membolehkan warga perintis melakukan kegiatan fizikal dan mental secara berdikari dan pada masa yang sama menggalakkan penuaan sihat, semasa tempoh Fasa Dua iaitu Jun lalu.

