Premium
Modi perlu bukti kewibawaan bangunkan India
Dengan meraih lebih separuh kerusi Parlimen India, perikatan nasionalis Hindu pimpinan BJP kini menguasai India. Apakah ini bermakna dasar sekular India akan terhakis sehingga suasana hubungan kaum akan bergolak?
May 28, 2014 | 6:00 AM
ENCIK MODI: Dapat jatuhkan Parti Kongres India dan keluarga Gandhi dengan menampilkan dirinya sebagai seorang rakyat biasa daripada keluarga susah tetapi mempunyai impian besar. - Foto AFP -
DAPATKAH Encik Narendra Damodardas Modi, yang dirasmikan sebagai Perdana Menteri India ke-14 kelmarin, memastikan keadilan dan pembangunan merata di negara benua kecil itu?
Persoalan ini cukup besar ertinya menyusuli kegagalan Parti Kongres India (ICP, parti tertua di India sejak 1885) dalam pilihan raya umum negara itu baru-baru ini.

