Premium
Kayu dalam konteks bahasa
Kayu, bahan yang wujud dalam kehidupan sekeliling masyarakat Melayu, dipelbagaikan penggunaannya dalam bahasa
Feb 2, 2025 | 5:30 AM
Kegunaan kayu – digunakan untuk bina rumah menjadi rumah kayu, dan dibakar bagi memanaskan rumah atau memasak sebagai kayu api. - Foto PIXABAY
Dalam perlawanan bola, apabila pengadil dilihat tidak membuat keputusan betul, seperti pemain jelas dikasari pemain lawan tanpa pengadil ambil tindakan – seperti tidak memberi amaran, atau tidak mengeluarkan kad kuning, atau tidak memberi sepakan percuma – pengadil itu dicap pengadil kayu.
Malah sering didengar penonton di rantau sini berteriak referee kayu ke atas pengadil yang dirasakan tidak berlaku adil dalam perlawanan bola.
Laporan berkaitan
‘Batu’ dalam khazanah bahasa MelayuJan 8, 2025 | 8:12 PM
Seperti ketam mengajar anaknya berjalan betulJan 9, 2025 | 10:57 AM

