Premium
India ingin menggapai bulan
Jul 29, 2019 | 5:30 AM
MENUJU KE BULAN: Kenderaan Pelancar Satelit Geosynchronous (GSLV) MkIII dilancarkan dengan membawa Chandrayaan-2 dari Pusat Angkasa Lepas Satish Dhawan. - Foto REUTERS -
SRIHARIKOTA: India melancarkan usahanya menjadi kuasa angkasa lepas dengan menerbangkan sebuah roket untuk menghantar sebuah kapal angkasa lepas ke Bulan minggu lalu. Roket yang membawa kapal angkasa lepas pengorbit (orbiter) Chandrayaan-2 itu dilancarkan pada 22 Julai dari Pusat Angkasa Lepas Satish Dhawan di sebuah pulau di luar negeri Andhra Pradesh.
"Hari ini adalah hari bersejarah bagi angkasa lepas, sains dan teknologi di India," kata ketua Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (Isro), K. Sivan.

