Premium
Wakaf bukan setakat bina masjid atau madrasah
Mar 31, 2017 | 5:30 AM
KUPAS TOPIK WAKAF: Ustaz Muslim (kiri) menyifatkan ikhlas sebagai sifat paling penting pada pewakaf, sementara Ustaz Dr Feirul Maliq (kanan) menerangkan kepentingan pewakaf mengambil tahu keperluan benda yang mahu diwakafkan. - Foto KHALID BABA -
WAKAF kerap dikaitkan dengan salah satu saham akhirat. Apabila membincangkan soal wakaf, ia kerap pula dikaitkan dengan masjid atau madrasah.
"Sebenarnya wakaf itu lebih daripada sekadar masjid dan madrasah. Kita boleh lihat bahawa suatu ketika dahulu, ada institusi seperti insititusi perubatan yang dijadikan wakaf. Selepas itu, kita melihat rumah anak yatim pun dijadikan sebagai wakaf," ujar Pengurus, Unit Dakwah Masjid Al-Muttaqin, Ustaz Dr Feirul Maliq Intajalle.

