Perkukuh ikatan persaudaraan prasyarat dapat rahmat Tuhan
Premium
Perkukuh ikatan persaudaraan prasyarat dapat rahmat Tuhan
Dua ustaz veteran, Ustaz Pasuni Maulan dan Ustaz Mohamad H. Rais, tidak kekok menggunakan aplikasi zoom dalam sesi temu bual. Sejak sekatan pemutus litar jangkitan koronavirus Covid-19 dilaksana, mereka telah memanfaatkan teknologi itu semasa berdakwah, berceramah dan berhubungan dengan masyarakat. Pada mulanya mereka dibantu oleh anak-anak tetapi kini mereka berdikari. Ikuti sesi Zoom Berita Harian bersama mereka.
Jul 24, 2020 | 5:30 AM
MASING-MASING ADA PERANAN: Ustaz Pasuni Maulan berkata Muslim bukan sahaja mempunyai tanggungjawab menstabilkan masyarakat, malah membangunkan masyarakat harmoni. - Foto BH oleh AFIRA NAQILLA -
PENGUKUHAN ukhuwah atau tali persaudaraan berkait rapat dengan penyatuan umat. Ini kerana orang Islam bersaudara, ujar Ustaz Pasuni Maulan.
Beliau menukil firman Allah yang bermaksud: "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." (Surah Al-Hujuraat, ayat ke-10)

