Topik diikuti
Pergi ke BHkuCabaran abad ke-21 perlu pelajar pandai bukan akademik saja
Cabaran abad ke-21 perlu pelajar pandai bukan akademik saja
LAPORAN terkini Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (Pisa) 2015 jelas menunjukkan keupayaan pelajar Singapura dalam menyelesaikan soalan yang memerlukan cara berfikir aras tinggi.
Dalam ujian penilaian itu, pelajar setempat yang berusia 15 tahun didapati mampu menyesuaikan diri menjawab soalan sukar dengan memanfaatkan pengetahuan daripada topik yang pernah dipelajari di sekolah.
