Bersama ganding bahu untuk maju, pacu ekonomi, bangun negara
Premium
Bersama ganding bahu untuk maju, pacu ekonomi, bangun negara
Berikut teks ucapan penuh Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat pada sesi dialog anjuran unit maklum balas pemerintah Reach dan saluran CNA di Universiti Pengurusan Singapura (SMU) pada Sabtu lalu.
Jun 19, 2019 | 5:30 AM
KITA berada di sini untuk membincangkan bagaimana kita boleh membina masa depan kita bersama. Di balik persoalan ini terdapat cabaran terbesar yang akan kita hadapi dalam masa dekad mendatang, iaitu bagaimana politik kita akan berkembang.
Singapura telah menikmati lebih daripada 50 tahun politik yang membina. Ini telah membantu memastikan kita kekal bersatu padu, memajukan ekonomi dan membina negara kita. Tetapi, bagaimana kita kekal di sebalik kepelbagaian kita; satu walaupun bilangan kita ramai?

