Premium
31 kisah wanita dibukukan
Oct 1, 2016 | 5:30 AM
CERITA PEREMPUAN: Buku bertajuk 'Perempuan: Muslim women in Singapore speak out' yang memaparkan lebih 30 kisah cabaran wanita Islam muda di Singapura antaranya merangkumi kisah yang disumbang oleh Cik Diana (kiri) dan Cik Nurul Huda. - Foto IMAN ALIF -
SEBANYAK 31 kisah wanita Islam muda dan cabaran mereka berhadapan dengan isu jantina, seksualiti, imej tubuh dan identiti budaya kini dibukukan dalam bentuk buku elektronik (e-buku).
Buku berjudul Perempuan: Muslim women in Singapore speak out itu dilancarkan di pejabat Persatuan Wanita bagi Tindakan dan Kajian (Aware) di Dover Crescent kelmarin.

