Premium
Zidane kembali pimpin Real kerana sayangkan kelab
Mar 13, 2019 | 5:30 AM
KEMBALI KE BERNABEU: Jurulatih baharu Real Madrid, Zinedine Zidane pada sidang akhbar di Santiago Bernabeu, Madrid, Sepanyol. - Foto REUTERS -
MADRID: Real Madrid melantik semula Zinedine Zidane sebagai jurulatih kelab itu dengan kontrak tiga tahun menggantikan Santiago Solari yang dipecat sejurus impian kelab itu mempertahankan gelaran Liga Juara-Juara musnah dalam masa seminggu.
Zidane ketika menggalas tugas sebagai jurulatih sudah menjulang tiga gelaran Liga Juara-Juara sebelum berundur Mei tahun lalu dan menyaksikan penggantinya Julen Lopetegui dipecat pada Oktober dan disusuli Solari yang hanya bertahan empat bulan.

