SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Wartawan, usahawan bergabung kendalikan podcast Kaki Bola

Wartawan, usahawan bergabung kendalikan podcast Kaki Bola

Aug 15, 2025 | 5:30 AM

Wartawan, usahawan bergabung kendalikan podcast Kaki Bola

Yang seorang wartawan dan yang seorang lagi usahawan.

Namun yang penting, kededuanya merupakan ‘kaki bola’.

Justeru, bila wartawan Berita Harian, Hazman Abdul Aziz dan pengasas syarikat menjual kereta terpakai, Gynacarlogist, Farehan Hussein, digabungkan, tidak hairanlah bola sepak menjadi topik perbincangan.

Hazman kini merupakan ‘wajah’ bagi podcast terbaru Berita Harian, NoTapis Kaki Bola, yang akan dilancarkan pada Sabtu, 16 Ogos.

Beliau akan mengacarakan podcast tersebut bersama Farehan.

Sebelum berkecimpung dalam dunia perniagaan, Farehan merupakan pengurus bagi pasukan nasional dan LionsXII, yang bertanding dalam Liga Malaysia, dari 2013 hingga 2017.

Beliau juga merupakan pengurus pasukan Singa Legends, pasukan yang dianggotai bekas pemain nasional.

Podcast Kaki Bola ini membincangkan segalanya mengenai bola sepak setempat dan boleh diikuti di semua platform Podcast serta di YouTube dan laman, Berita Harian Singapura.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg