United mahukan Neves, Coutinho jadi buruan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

United mahukan Neves, Coutinho jadi buruan

Jan 7, 2022 | 5:30 AM

United mahukan Neves, Coutinho jadi buruan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
JADI SASARAN: Ruben Neves jadi sasaran Manchester United sementara Coutinho (atas) menarik minat Aston Villa. - Foto REUTERS/AFP
JADI SASARAN: Ruben Neves jadi sasaran Manchester United sementara Coutinho (atas) menarik minat Aston Villa. - Foto REUTERS/AFP -

LONDON: Manchester United dikatakan bertekad untuk melakukan segalanya untuk mendapatkan khidmat pemain midfield Wolverhampton Wonderers dan Portugal, Ruben Neves, 24 tahun, dalam jendela pemindahan Januari ini.

Menurut sumber-sumber yang dekat dengan pemain itu, Neves amat berminat untuk berpindah ke United meskipun Wolves dikatakan keberatan membuat sebarang 'urus niaga' melibatkan pemain tersebut meskipun kelab tersebut memang bertujuan menjual beberapa pemain bagi mendapatkan dana untuk memperkukuh pasukan.

"Namun, Neves adalah bahagian penting pasukan Wolves, dan tujuan mereka ialah untuk menjual pemain yang tidak begitu penting bagi memperkukuh skuad...dan Neves sama sekali tidak termasuk dalam kategori pemain tidak penting," kata sumber tersebut.

Sementara itu, Aston Villa dikatakan salah satu kelab yang sedang memantau keadaan pemain Barcelona, Philippe Coutinho, yang dikatakan bersungguh-sungguh mahu meninggalkan Nou Camp.

Barcelona juga terbuka untuk menjual pemain Brazil berusia 29 tahun itu bagi mengurangkan perbelanjaan kelab dari segi gaji, setelah mendapatkan khidmat Ferran Torres dari Manchester City.

Pengurus Villa, Steven Gerrard, adalah seseorang yang meminati bakat Coutinho. Mereka berdua juga merupakan rakan sepasukan semasa di Liverpool.

Selain Villa, lain-lain kelab yang dikaitkan dengan pemain itu termasuk Arsenal, Everton, Newcastle United dan Spurs.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg